Kaedah urut Wannura Terapi ini telah diwarisi daripada Seni Urut Terapi Sifuli. Amalan urutan ini telah dipelajari sejak 1998 di Kampung Melayu Subang Selangor dipraktikkan sehingga kini. Pengalaman yang melebihi dari 15 tahun ini amat membantu saya dalam merawat penyakit yang dialami oleh pesakit-pesakit saya. Di antara kaedah tersebut ialah mencuci kekotoran tubuh badan, meransang urat saraf, melegakan pernafasan dan mengimbangi tenaga tubuh badan zahir batin.
MENCUCI KEKOTORAN
Kandungan kekotoran dan gula yang kian meningkat di dalam darah tubuh badan akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat sesama sendiri dan berubah warna menjadi bertambah gelap serta melekit yang menghalang kelancaran pengaliran darah.
Kepekatan gula yang semakin bertambah di dalam darah akan meningkatkan tekanan osmosis darah dan menyebabkan air ‘diserap’ keluar daripada sel-sel badan. Sel-sel yang menjadi semakin kecut dan layu inilah yang menghantar isyarat dahaga kepada otak untuk meminta bekalan air minuman.
Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan berkesan. Apabila otak tidak menerima bekalan oksigen yang mencukupi, tubuh badan akan kerap terasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur juga turut terganggu. Walau pun telah tidur 8 atau 9 jam sehari (lebih daripada mencukupi), tetapi badan terasa letih dan mengantuk, lazimnya pada waktu petang. Tidak kira lelaki atau perempuan, masalah ini akhirnya akan mengganggu sistem hormon dan pengaliran darah badan yang menjejas nafsu seks.
Sel-sel badan mula lemah akibat daripada kekurangan bekalan sumber tenaga, iaitu glukosa yang terapung di dalam saluran darah kerana tidak dapat masuk ke dalam sel. Kandungan gula yang terlalu pekat dalam darah akan menyebabkan kesesakan pengaliran darah akhirnya mengeras menjadi gumpalan yang muncul dalam bentuk tompok-tompok di permukaan kulit tubuh badan.
Pengerasan darah pada tompok-tompok tadi menyekat bekalan oksigen dan nutrien kepada sel-sel kulit. Sel-sel kulit akan mula mati dan keadaan kerosakan kulit akan bertambah semakin cepat.
Jari-jari kaki merupakan bahagian yang paling jauh daripada jantung, darah yang sampai ke jari kaki sudah pun kehilangan daya tolakan. Tambahan lagi darah bergula yang pekat. Makanan dan oksigen tidak dapat sampai dengan sempurna ke jari kaki dan sisa toksik pula tidak dapat diangkut keluar, keadaan ini sangat sesuai membiakkan kuman. Ini adalah kerana sel darah putih yang bertugas untuk membunuh kuman tidak dapat sampai ke tempat yang dijangkiti kuman. Oleh itu serangan kuman boleh merebak dalam masa yang sangat singkat.
Kaedah urut Wannura Terapi mencuci kekotoran tubuh badan ini adalah dengan menggunakan minyak urut Wannura Terapi yang diadun dari herba pati kayu semulajadi dan sikat untuk membersih permukaan kulit tubuh badan dan membasmi pembiakan kuman.
MERANSANGI URAT SARAF
Di dalam tulang belakang (spine), terdapat saraf tunjang (spinal nerves) yang menghubungkan antara otak dengan sesuatu organ di dalam badan. Segala aktiviti organ dikawal oleh otak akan dihubungkan ke organ melalui tulang belakang.
Maklumat daripada organ juga dihantar ke otak melalui tulang belakang. Setiap organ akan dihubungkan ke bahagiaan tulang belakang melalui sesuatu ruas (verterbral) dan terbatas dalam ruasnya sahaja.
Tulang belakang bukanlah organ, tetapi berperanan sebagai amplifier yang menguat dan menimbal balik isyarat antara organ dan otak. Sistem ini dipanggil sympathetic dan parasympathetic. Sympathetic ialah kawalan tanpa sedar oleh minda, parasympathetic ialah kawalan separa sedar oleh minda.
Apabila sesuatu organ menjadi lemah, tidak dapat berfungsi dengan baik atau berpenyakit, maklumat kesakitan tersebut akan dihantar ke bahagian tulang belakang.
Tulang belakang akan memendam isyarat sakit untuk memastikan sistem sympathetic dan parasympathetic terus berjalan seperti biasa. Isyarat sakit adalah gelombang bertekanan rendah dan akan turut memberkan tekanan rendah kawasan yang dilaluinya. Proses memendam isyarat sakit ini akan menyebabkan gangguan tenaga getaran di ruas atau kawasan yang terlibat dengan bahagian saraf yang berhubung dengan organ yang lemah tersebut.
Gangguan tenaga getaran menjadikan sel dan unsur binaan kawasan tersebut lemah serta mempengaruhi ikatan molekul ruas tulang. Jika terdapat lebih daripada satu ruas tulang, maka ‘piring’ (disk) di antara ruas juga akan terjejas ikatan molekulnya. Maka ini adalah punca penyakit tulang belakang kerana selain berfungsi melindungi saraf tunjang, ruas tulang mempunyai saraf sakitnya sendiri.
Menerusi ruas tulang belakang yang sakit inilah penyakit pada organ yang bersangkutan dengannya dapat di kesan dan penyakit yang dialami oleh tubuh badan. Kaedah urut Wannura Terapi adalah meransang anggota tubuh badan yang sakit menerusi ruas tulang belakang.
MELEGAKAN PERNAFASAN
‘Tiada tempat yang lebih buruk yang diisi oleh anak Adam dari perutnya. Cukuplah baginya beberapa suap untuk menguatkan tulang belakangnya. Jika ia tidak mampu, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan’. (Riwayat Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, Jld.2, m/s 249)
Rahsia urutan perut Wannura adalah berdasarkan hadis di atas. Menurut hadis di atas sekurang kurangnya perut manusia itu perlulah satu pertiga makan, satu pertiga minuman dan satu pertiga lagi ruang untuk bernafas untuk keperluan kesihatannya.
Perut mereka yang mengalami penyakit adalah disarati dengan sisa makanan dan minuman sehinggakan tiada ruang untuk bernafas. Kesannya, kerana nafas itu nyawa maka kehidupan mereka menjadi hanya separuh nyawa akibat sukar untuk bernafas yang akhirnya mereka sukar pula melakukan persenyawaan ketika bersetubuh.
Kesan kelainan ruang makanan di bahagian perut adalah menimbulkan masalah membuang air besar seperti sembelit. Kelainan di ruang minuman pula menimbulkan masalah kencing, seperti kencing tak puas atau kerap kencing. Kelainan di ruang untuk bernafas pula menimbulkan sesak nafas dan penyakit yang bersangutan dengannya.
Maksud angin yang sering disebut ketika mengurut ialah angin yang berada di ruang pernafasan dalam perut sehingga menghalang daifram paru paru bergerak ke atas dan kebawah untuk mengepam nafas. Ganguan pernafasan melemahkan tenaga tubuh badan mencegah segala penyakit. Perlu diingatkan zakar juga perlu hidup, maka untuk hidup ia perlulah bernafas. Kesukaran zakar bernafas menyebabkan ia mati yang akhirnya di sebut mati pucuk. Ruang pernafasan batin untuk keperluan zakar adalah terletak di bawah pusat.
Bagi kaum wanita pula jika peranakan jatuh atau pundi kencing turun ke bawah, selain akan mengakibatkan sembelit, kerap buang air kecil atau kencing tidak lawas juga akan mengakibatkan penyakit keputihan dan akhirnya mengganggu kitaran haid yang normal dan lebih buruk lagi apabila penyakit menular ke arah sakit puan pula. Dengan itu, bagi wanita yang telah berumahtangga dan melalui proses kehamilan serta melahirkan bayi, perut mestilah dirawat dengan sempurna dengan urutan dan menyengkak bahagian ini.
MENGIMBANGi TENAGA BADAN
Keseimbagan tenaga tubuh badan zahir dan batin untuk keperluan kesihatan adalah bermula di antara bahagian kiri dan kanan serta atas dan bawah. Bahagian anggota atas tubuh badan yang berpusat di kepala diimbangi oleh anggota tangan kiri dan kanan. Bahagian anggota bawah tubuh badan yang berpusat di kemaluan pula diimbangi oleh kaki kanan dan kiri.
Kaedah urut Wannura Terapi meransang anggota kedua belah tangan dan kaki untuk mengimbangi tenaga zahir dan batin.