Suatu nama yang lebih dikenali di alam maya kepada Zainura binti Zulkifli dengan nama Wannura. Beliau adalah merupakan pengasas kepada WANNURA TERAPI yang telah ditubuhkan pada tahun 2010. Namun segala ilmu yang telah dipelajari dari Sifu Rozli bin Ali (Sifuli) semenjak dari tahun 1998 lagi bermula dari Kampung Melayu Subang, kemudian di Shah Alam dan kini bertapak di Tambun, Ipoh, Perak. Segala ilmu yang dipelajari dari Sifuli telah dipraktikkan sehinggalah sekarang yang banyak membantu dalam ilmu pengetahuan di bidang kesihatan. Semoga segala ilmu yang dipelajari mendapat keberkatan Allah swt di dunia dan juga di akhirat nanti, insyaallah.
APA ITU TERAPI ?
Dalam kamus, definisi terapi adalah “usaha untuk memulihkan kesihatan orang yang sedang sakit”.
Menurut sumber dari wikipedia pula menyatakan bahawa Terapi fizikal ialah satu kerjaya penjagaan kesihatan yang memberi rawatan kepada individu untuk mengembang, menjaga dan memulihkan fungsi fizikal dan pergerakan tubuh manusia. Ini termasuklah rawatan untuk keadaan di mana pergerakan dan fungsi terancam akibat faktor penuaan, kecederaan, genetik atau persekitaran.
Pengenalan Urutan Wannura Terapi
Urut Wannura Terapi adalah terapi alamiah yang berdasarkan kepada hukum kejadian alam semulajadi yang dicipta tuhan semesta alam. Alam semesta yang dicipta tuhan adalah untuk keperluan kesihatan hidup manusia mencegah penyakit zahir dan batin demi kesejahteraan kehidupan rohani dan jasmani. Seperti yang terkandung di dalam kitab suci al Quran yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw.
Wannura Terapi adalah kaedah perawatan secara semulajadi menurut kepercayaan dan amalan seseorang individu itu seperti mengurut, membersih, menyikat dan meransang tubuh badan bagi mengimbangi kesihatan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Wannura Terapi adalah bidang terapi alamiah yang membina kesihatan untuk menyembuhkan segala penyakit dengan mudah, berkesan dan selamat menurut kepercayaan dan amalan hidup semulajadi.
Ilmu pengetahuan dalam bidang kesihatan secara alamiah ini adalah adaptasi ilmu yang ditimba dari Sifu Rozli Bin Ali (Sifuli) bagi membina kesihatan yang menyembuhkan segala penyakit kecuali MAUT.
Urutan
Urutan adalah meransang tubuh badan samada dengan tangan seperti menggosok, menekan, memicit, membelai, menggaru atau menggunakan peralatan dan bahan seperti berus, sikat, minyak terapi dan sebagainya.
Urutan Zahir
Urut zahir adalah untuk membersihkan tubuh badan seperti dilakukan ketika mandi dan bersuci.
Urutan Batin
Urut batin adalah untuk membina tenaga jiwa seperti yang dilakukan suami isteri ketika bersetubuh.
Urut Terapi
Urut terapi adalah amalan hidup manusia meransang tubuh badan dengan urutan untuk membina kesihatan menyembuhkan penyakit.
Kewajipan Urutan
Amalan mengurut tubuh badan adalah wajib dilakukan setiap hari untuk mencuci kekotoran terutama ketika mandi wajib atau sunat dan bersuci terutama sebelum mengerjakan solat.
Urutan dan Penyakit
Kekotoran tubuh badan adalah akibat daripada kelalaian manusia menunaikan tanggungjawab mengurut tubuh badan dengan sempurna terutama ketika mandi dan bersuci. Kekotoran tubuh badan membiakkan segala kuman yang menjadi sarang hantu syaitan untuk membina penyakit zahir dan batin.
Terapi Alamiah Wannura
Terapi alamiah adalah terapi yang berdasarkan kepada hukum alam semulajadi yang dicipta tuhan untuk keperluan manusia membina kesihatan menyembuhkan segala penyakit.
Panduan Terapi Wannura
Panduan terapi alamiah adalah kitab suci al Quran yang diwahyukan kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw untuk membina kesihatan menyembuh penyakit rohani dan jasmani.
Terapi Tradisional
Terapi tradisional adalah terapi kesihatan yang diwarisi turun temurun. Terapi ini adalah terapi kesihatan alamiah yang berdasarkan kepada hukum alam semulajadi. Walau bagaimana pun, dasar terapi kesihatan alamiah setiap bangsa adalah berbeza kerana menurut fahaman dan agama mereka mengenai keujudan tuhan yang mencipta semesta alam untuk membina kesihatan menyembuhkan penyakit.
Terapi moden
Terapi moden adalah berdasarkan kepada kajian (logik) iaitu sains dan teknologi. Terapi moden bertentangan dengan terapi alamiah kerana kadangkala ianya membina penyakit