Urut Terapi bersalin kaedah Wannura

Urut Terapi bersalin kaedah Wannura

1. Bertungku

Bertungku adalah asas kepada amalan-amalan pantang-larang bagi ibu selepas bersalin dalam budaya Melayu. Menggunakan batu yang dipanaskan di atas api selama 15 minit kemudian dibungkus dengan daun herba terpilih serta kain, kemudian diikat dengan kemas . Biasanya bertungku dilakukan setelah ibu selesai berurut di awal pagi dan di waktu petang selepas mandi selama kira-kira 30- 45 minit Bagi yang bersalin secara pembedahan, dicadangkan selepas dua minggu melahirkan, bolehlah mula bertungku tetapi tidak digalakkan di letak di atas abdomen jika tidak mahir menggunakan batu tungku !

Tujuan :

> membantu keluarkan angin dari badan
> melancarkan perjalanan darah
> mengecutkankan rahim dengan lebih cepat
> mengeluarkan darah ketul atau yang tertinggal dalam rahim
> merelakskan otot-otot badan yang kejang atau bengkak
> membantu mengecilkan liang-liang roma
> memecahkan lemak

2. Berlulur

Menggunakan minyak urut Wannura Terapi yang berasaskan herba terpilih untuk mencuci tubuh badan dan juga skrub dengan sabun skrub raja kayu bagi membantu mengeluarkan kotoran tubuh badan.

Tujuan :

> melarutkan kekotoran tubuh badan yang tidak boleh di cuci ketika mandi dan bersuci
> mengeluarkan toksin/ racun tubuh badan dari bawah kulit melalui liang-liang roma
> mengendurkan otot-otot yang ketegangan semasa kehamilan serta menyegarkan badan

3. BERURUT

Menjana pernafasan adalah untuk mengimbangi ruang bernafas di bahagian pusat tubuh badan. Setelah melahirkan anak, ibu yang baru lepas bersalin akan diurut di bahagian abdomen. Bersengkak adalah cara memulihkan sistem peranakannya.

Tujuan :

> menjana pernafasan supaya lancar
> ibu yang baru lepas bersalin akan bertenaga kembali
> kelihatan ceria, segar dan berfikiran positif

4. BERBENGKUNG

Menggunakan kain yang khusus untuk membaluti bahagian abdomen

Tujuan :

> agar perut kembali kemas, tidak dimasuki angin dan tidak buncit.
> supaya punggung tidak jatuh akibat bahagian tulang pelvik yang masih lemah
> mempercepatkan pengecutan rahim
> melangsingkan tubuh badan.
> membetulkan kembali bentuk tubuh badan

Share Button
This entry was posted in Informasi and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>